Apply Now!
Skip to main content
Bantuan

Dermasiswa Pengajian Tinggi Lembaga Zakat Selangor (LZS)


Permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi kini dibuka bagi pelajar asnaf yang berdaftar dengan MAIS dan yang akan menyambung pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU). 

Permohonan boleh dilakukan di Portal Pendidikan Lembaga Zakat Selangor (MAIS) - https://www.zakatselangor.com.my/pendidikan/

Panduan

Permohonan Pinjaman

  • Bantuan Dermasiswa Yang Ditawarkan

    Pemohon yang layak akan menerima bantuan dermasiswa seperti berikut:-
     

    • Surat Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (Bantuan Yuran Pengajian)
    • Bantuan Persediaan Masuk IPT
    • Bantuan Keperluan Pendidikan (BKP) merangkumi:
      • Wang saku
      • Penginapan
      • Elaun buku
  • Syarat Permohonan

    Pemohon yang ingin memohon Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi perlu memenuhi syarat permohonan seperti berikut:
     

    1. Berdaftar sebagai asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf di Lembaga Zakat Selangor (MAIS).
    2. Mendapat surat tawaran pengajian rasmi dari Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU).
    3. Memenuhi syarat dan kriteria bantuan yang ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor bagi Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi.
  • Cara Memohon

    Proses permohonan adalah melalui langkah-langkah berikut:
     

    1. Layari laman web https://www.zakatselangor.com.my/pendidikan/.  
    2. Klik butang ‘Mohon Bantuan Pendidikan Di Sini.’    
    3. Bagi pemohon yang telah mendaftar, sila log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan, kata laluan, dan captcha.
    4. Bagi yang berlum mendaftar, klik bahagian ‘Daftar Kali Pertama.’    
    5. Masukkan no kad pendaftaran dan kata laluan diikuti dengan klik butang ‘Masuk.’
    6. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan, kata laluan, dan captcha.
    7. Setelah masuk, isi borang online yang dipaparkan.
    8. Klik bahagian permohonan dan isi maklumat yang diperlukan.
    9. Muat naik dokumen yang diperlukan.
    10. Hantar permohonan setelah semuanya selesai.
    11. Semak status permohonan selepas 6 hari bekerja.
    12. Jika berjaya, cetak surat bantuan dermasiswa tersebut dan boleh mendaftar di Pusat Pengajian sebagai pelajar tajaan Lembaga Zakat Selangor.
  • Dokumen Yang Diperlukan

    Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:
     

    1. Surat Tawaran
    2. Penyata Akaun Bank
    3. Struktur Yuran Pengajian
  • Pertanyaan Lanjut

    Untuk pertanyaan lanjut mengenai bantuan dermasiswa ini, sila hubungi 03-89961000 atau emel kepada info@apu.edu.my